• http://media1.malaysiakini.com/390/03dd439c298b166fd75a9e0d7a0fc136.jpg
  • Serbuan JAIS: Penjelasan Harapan Komuniti
  • 1312955906
  • Harapan Komuniti - NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu kerana didakwa ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam - hari ini tampil membuat penjelasan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut.

    harapan komuniti frontimagePengarah eksekutif NGO itu - yang membantu golongan miskin dan 'melarat' dan penghidap HIV dan AIDS - Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti" sebelum ia diserbu 30 pegawai penguatkuasa JAIS dan polis.

    Katanya, Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan, yang berkhidmat untuk membawa kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah kepada golongan yang memerlukan, orang miskin, kanak-kanak, wanita dan penghidup HIV dan AIDS.

    "Kami membantu orang ramai, tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan. Harapan Komuniti adalah rakan kepada Majlis AIDS Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Menurutnya, pada hari berkenaan (Rabu 3 Ogos 2011), Harapan Komuniti hanya mengadakan majlis kesyukuran/makan malam amal untuk mengumpul dana di premis DUMC (Gereja Methodist Damansara Utama).

    Hidangan orang Islam

    Majlis makan malam tersebut, jelasnya, dihadiri oleh penderma, rakan-rakan dan penerima bantuan Harapan Komuniti.

    NONEKoh berkata, kira-kira 120 orang dari pelbagai latar belakang, menghadiri majlis makan malam tersebut dan dijamu dengan hidangan yang disediakan oleh orang Islam, diikuti dengan persembahan tarian 1Malaysia, kuiz, dan pelaporan oleh individu.

    Harapan Komuniti juga, tambahnya, mengadakan doa umum.

    "Kira-kira jam 9.30 malam, kira-kira 30 pegawai JAIS dan polis, ada yang berpakaian seragam manakala yang lainnya berpakaian biasa, datang ke premis tersebut tanpa kebenaran atau tanpa waran menggeledah," katanya.

    Berikutan itu, kata Koh, Harapan Komuniti terus bertanya kepada pegawai JAIS sama ada mereka mempunyai sebarang waran.

    "... dan walaupun ditanya berulangkali, pegawai JAIS enggan menunjukkan kepada kami sebarang waran mengeledah atau untuk tangkapan," katanya.

    Malam malang

    Menurut Koh lagi, mereka masuk ke dalam dewan dan mengambil gambar,  video dan malah membuang risalah dari pelbagai laci dan kabinet di dalam dewan tersebut, tanpa sebarang kebenaran pihaknya mahupun pemilik premis DUMC.

    NONESementara itu, peguam Harapan Komuniti, Annou Xavier (kiri) pula berkata Malaysia sepatutnya bernasib baik kerana mempunyai pertubuhan seperti Harapan Komuniti yang memberi "harapan" kepada golongan yang memerlukan, orang miskin dan golongan terpinggir.

    Bagaimanapun, katanya, pada "malam yang malang itu", JAIS sebaliknya menyerbu majlis amal kesyukuran tersebut, atas andaian bahawa berlaku kes penukaran agama.

    "Harapan Komuniti telah membantu ramai rakyat Malaysia yang miskin dan melarat, tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan, namun JAIS telah bertindak mengganggu sebuah majlis yang berjalan dengan aman dan harmoni pada 3 Ogos," tambahnya.

    Menurut Annou lagi, Harapan Komuniti adalah sebuah organisasi '1 Malaysia' dalam erti kata yang sebenarnya, di mana ahli lembaganya terdiri daripada seorang Melayu, Mohd Rahim Bin Ithnen; seorang Cina, Raymond Koh dan seorang India, Sri Ram a/l KS Gopal, untuk membantu semua kaum, agama serta kepercayaan dan bukan hanya memuji-muji '1 Malaysia' sebagai satu slogan semata-mata.

    Beliau berharap serbuan yang tidak munasabah seperti ini, tidak akan berlaku pada masa yang akan datang, yang menyebabkan kebimbangan yang tidak perlu dan trauma kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

    • PAS: 'Serbu gereja' bagi tenggelamkan 'masalah' SPR
    • Waran tangkap ke atas 12 'buka puasa di gereja'
    • Serbu gereja: PERKASA gesa polis 'masuk campur'
    • PAS tuntut penjelasan JAIS, gereja minggu depan
    • NGO dakwa JAIS temui bukti dokumen
    • Serbuan gereja: MCA desak exco DAP letak jawatan
    • NGO Islam sasar S'gor MB berhubung serbuan JAIS
    • MB minta media henti bincang serbuan JAIS
    • PAS mahu dengar sendiri dari JAIS dan DUMC
    • Dr Hasan: Saya rela dipecat
    • 'Ke mana perginya wang zakat kita?'
    • Biar JAIS siasat tanpa gangguan, kata NGO Islam
    • Kumpulan Kristian sangkal selindung sebalik kebajikan
    • Serbu gereja: Jangan beri tekanan, kata ABIM
    • Ibrahim: Henti menuduh, beri peluang JAIS sedia laporan
    • Serbu Gereja: Makan malam kutip dana untuk HIV/AIDS
    • Serbu gereja: JAIS harus lebih waspada
    • MB arah exco tutup mulut isu JAIS serbu gereja
    • PAS S'gor tuntut penjelasan Hasan Ali
    • 'Buka puasa' di gereja: MCA selar Jais
    • Dr Hasan: Ada bukti agama lain disebar pada umat Islam
    • S'gor kesal insiden serbuan, minta JAIS sedia laporan
    • Majlis makan malam di gereja diganggu Jais