Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam".

NONE "Kita sedia berperang dengan mereka," katanya lagi dalam satu perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat di masjid negeri Selangor, Shah Alam hari ini.

Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini , Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," katanya lagi di perhimpunan yang turut diketuai ahli parlimen bebas, Zulkifli Noordin dan exco pemuda Umno Lokman Noor Adam ( bawah ).

Perhimpunan itu juga diadakan bagi mempertahankan agama Islam kerana "kita bukan jenis yang sanggup gadai agama Allah untuk undi," kata Ezam.

NONE Dalam masa yang sama, Ezam menegaskan bahawa beliau tidak ada masalah dengan orang bukan Islam, termasuk exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong.

"Kita tidak ada masalah selagi mereka sanggup hormati kepentingan kita.

"Kepada yang kurang ajar, yang biadap kepada kepemimpinan Islam -- tidak ada pilihan lain melainkan perang terhadap mereka," katanya lagi di hadapan lebih 200 orang yang hadir di perkarangan masjid berkenaan.

Kumpulan berkenaan turut membawa beberapa sepanduk, antaranya dengan slogan anti-pemimpin Pakatan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

 

Sementara itu, Zulkifli dalam ucapannya di perhimpunan tersebut turut meminta wartawan Malaysiakini supaya "bertaubat" dan berhenti daripada daripada menjadi "barua" kepada pihak yang didakwanya sebagai "musuh Islam."

NONE "Saya nampak wakil daripada Malaysiakini dan Malaysian Insider di sini. Saya nak beritahu mereka, terutamanya yang Islam supaya bertaubat," katanya lagi.

Zulkifli yang juga seorang bekas pengikut Anwar turut mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang didakwa berlaku di gereja Damansara Utama Methodist Church.

Bercakap kepada media selepas itu, Zulkifli berkata beliau merancang untuk membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas gereja terlibat "sebab kita ada maklumat sahih bahawa ini gereja haram."

Kumpulan berkenaan turut membawa beberapa sepanduk, antaranya dengan slogan anti-pemimpin Pakatan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Tidak ramai anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu.

VIDEO | 5.17 min

ADS