Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP minta semua pihak jaga perpaduan kaum
Diterbitkan:  Aug 14, 2011 9:19 AM
Dikemaskini: 1:25 AM

Ketua Polis Negara meminta agar semua pihak tidak mengambil tindakan yang boleh merosak dan memecah belahkan perpaduan kaum di negara ini.

ismail omar police deputy igp Tan Sri Ismail Omar berkata perkara itu sangat penting dalam mengekalkan keamanan di negara ini.

"Kita harap jangan ada pihak yang cuba memecah belahkan keharmonian kaum di negara ini, kita sudah berpuluh tahun tinggal bersama-sama dan menghormati sesama kaum.

"Malah kita juga saling menghormati antara berlainan bangsa, kepercayaan agama di negara ini, jadi kita kena meneruskanlah perkara itu," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Kempen Balik Kampung Rumah Selamat di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis anjuran Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya awal bulan ini.

NONE Ditanya mengenai Ops Sikap pada Hari Raya ini, Ismail berkata polis akan terus berusaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dengan bekerjasama dengan semua pihak.    

Beliau sekali lagi mengulangi nasihatnya kepada pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, Ismail berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam penjualan dan penyeludupan mercun di negara ini.

"Memang kita pantau perkara ini dan kita kerjasama dengan Kastam dan agensi-agensi lain, dan kalau ada yang menjual kita akan bertindak mengikut undang-undang," katanya.

- Bernama

ADS