Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bonus tertakluk kepada potongan cukai
Diterbitkan:  Aug 18, 2011 5:00 PM
Dikemaskini: Aug 19, 2011 2:16 AM

Bonus setengah bulan gaji yang diterima penjawat awam pada 15 Ogos lalu tertakluk kepada potongan cukai bulanan (PCB) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Noorhelmi Mohd Nor berkata, langkah itu bagi mengurangkan beban mereka untuk membayar jumlah sebenar cukai pendapatan 2011 apabila ia dikira kelak.

azlan PCB dikenakan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada bayaran saraan tambahan antaranya bayaran kerja lebih masa, bonus atau insentif, tunggakan gaji atau apa-apa tunggakan lain kepada pekerja dan ganjaran.

"Saraan tambahan bererti apa-apa bayaran yang dibuat kepada pekerja sama ada secara sekali gus atau berkala atau tertunggak atau bayaran tidak tetap atau apa-apa bayaran yang merupakan tambahan kepada saraan biasa bulan semasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Justeru katanya, bayaran bonus perlu dibuat potongan cukai kerana ia adalah sebahagian daripada perolehan atau pendapatan yang diterima pekerja daripada suatu pekerjaan.

"Kaedah pengiraan amaun cukai yang perlu dipotong untuk bulan berkenaan ialah mengikut Formula Saraan Tambahan dan terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam pengiraan cukai untuk bonus ini,” katanya.

- Bernama

ADS