Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wartawan TV3 dakwa kena gangguan seksual
Diterbitkan:  Aug 24, 2011 12:34 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Empat wartawan termasuk seorang pembaca berita TV3 mendakwa  menjadi 'mangsa' gangguan seksual seorang editor kanan setesen televisyen swasta itu.

Memetik sumber yang rapat dengan kes itu, TV Selangor melaporkan editor berkenaan bagaimanapun dikatakan dibenarkan terus bertugas seperti biasa.

Namun, seorang kakitangan yang enggan lagi bertugas di bawah editor itu meminta dipindahkan ke NTV7 bulan lalu.

azlan Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times.   

Menurut TV Selangor , empat orang yang mendakwa diri mereka mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Antara lain, mereka mengemukakan mesej sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar oleh editor berkenaan sebagai menyokong dakwaan gangguan seksual yang dialami mereka sejak  beberapa bulan itu.

Menurut sumber berkenaan lagi yang dipetik oleh TV Selangor , editor tersebut menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik.

Bagaimanapun ketika dihubungi, Pengurus Besar, Pperhubungan Korporat Kumpulan Media Prima, Mastura Adnan menafikan sebarang siasatan berhubung perkara itu.

“Ini kali pertama sata mendengar mengenainya, ini amat melucukan dan langsung tidak berasas,” katanya.

Pengerusi Media Prima Datuk Johan Jaffar dan Pengarah Eksekutif, Berita dan Ehwal Semasa Media Prima Datuk Ahmad Talib pula enggan mengulas.

 

ADS