Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syawal kesinambungan ujian Ramadan, kata Anwar
Diterbitkan:  Aug 30, 2011 12:17 PM
Dikemaskini: 4:24 AM

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Ramadan ibarat sebuah madrasah yang mendidik erti kerendahan hari dan sabar menanggung ujian di kalangan umat Islam.

anwar ibrahim and pkr and people Dalam perutusan sempena Aidilfitri, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan merupakan ujian kepada umat Islam, - melawan nafsu, menundukkan musuh utama - dan sekiranya menang, dianugerahi Allah SWT dengan petunjuk serta ampunan dari-Nya.

“Maka tidak hairanlah kita mengapa perintah melaksanakan ibadah puasa dipintal bersama dengan keutamaan al-Quran.

“Kedua-duanya menjadi satu kesempatan buat umat untuk menghayati, merenungi serta untuk dimaanfaatkan, dengan tujuan dilimpahi petunjuk untuk membedakan antara yang benar dengan yang batil, menafikan ketundukan kepada makhluk dan bersaksi bahawa kekuasaan hanya milik Dzul Jalal Wal Ikram (Yang Maha Memilki Kebesaran dan Kemuliaan),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.  

Anwar yang turut melahirkan kegembiraan dan berharap agar umat Islam bersyukur serta menyambut Syawal dengan rasa gembira dan digunakan sebagai kesempatan memperkukuh hubungan sesama mereka dengan Allah sepanjang bulan Ramadan itu berterusan.

ADS