Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno Padang Terap dicabar nama ahli PAS keluar parti

Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Ketua Umno bahagian tersebu, Datuk Seri Mahadzir Khalid  supaya menyenaraikan nama ahli PAS yang keluar parti berhubung isu komunis dan tragedi berdarah Bukit Kepong.

"Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap," kata ketua Pemuda PAS kawasan berkenaan, Mohd Nasir Zakaria.

NONE Menulis dalam lamanweb Pemuda PAS Padang Terap, Mohd Nasir berkata pihaknya akan menyedarkan rakyat "dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia.

Semalam, Bernama melaporkan lebih 50 ahli PAS di daerah Padang Terap bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong.

Menurut Bernama, Mereka menyerahkan borang keahlian Umno kepada Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang semalam.

Wakil mereka, Ismail Abdullah, 60, yang menjadi ahli PAS selama 35 tahun, berkata beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua PAS itu.

"Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis," katanya dalam laporan Bernama.

Mengulas lanjut, Mohd Nasir yang juga ahli parlimen Padang Terap bertanya berapa ramai yang sebenarnya yang melompat parti.

"Menurut berita RTM1, yang masuk Umno tujuh orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya dua orang.

"Siapakah yang menipu dalam isu ini?," katanya sambil mencabar Datuk Seri Mahadir menyenaraikan nama 'ahli PAS' yang melompat itu.

ADS