Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden majalah perniagaan terkemuka di dunia, Forbes , hari ini, menyambut baik usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan pembaharuan ekonomi melalui Model Baru Ekonomi (MBE).

"Dua tahun lalu, Perdana Menteri adalah jelas lebih baru berbanding hari ini dan berkata perkara-perkara yang baik. Tetapi hari ini kita telah melihat tindakan susulannya," kata Steve Forbes ( kanan ), penerbit dan ahli perniagaan jutawan Amerika itu.

"Perkara ini sebenarnya yang dilakukan dari segi positif dengan penyusunan semula persekitaran ekonomi dan mengurangkan halangan - berurusan dengan subsidi, berurusan dengan cukai dan berurusan dengan rintangan kepada pelaburan.

"Ia bukan hanya kata-kata kerajaan, tetapi pemerhati luar juga memerhatikannya dengan cara  yang objektif".

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini bersempena dengan pelancaran persidangan antarabangsa CEO Forbes selama tiuga hari. Kali terakhir sidang ini diadakan pada tahun 2009.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Presiden Forbes Asia William Adamopoulous.

NONE Diminta mengulas mengenai tindakan afirmatif, Forbes berkata adalah penting bagi kerajaan bagi memastikan pembaharuan atau reformasi ekonomi negara berada di landasan yang betul.

"Perkara utama adalah untuk memastikan aliran perubahan positif yang berterusan bagi membolehkan Malaysia membuat transisi dan mencapai matlamatnya - dalam dekad yang akan datang - untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS