Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh berkata, secara peribadi beliau mahu gabungan isu dibubarkan susulan keputusan kerajaan mahu memansuhkan akta kontroversi itu.

NONE "Saya secara peribadi mahu melihat GMI ini dibubarkan. Tetapi saya rasa, tugas kami belum selesai, sehingga kita melihat ISA ini benar-benar dimansuhkan," katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, pihaknya akan berbincang dengan anggota gabungan NGO itu untuk mengkaji cadangan tersebut pada masa yang sesuai.

"Di peringkat anggota gabungan, kita akan ada perbincangan nanti untuk kaji semula  tindakan (membubar) yang kita akan ambil selepas ini," katanya.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Syed Ibrahim berkata pihaknya akan berbincang dengan anggota GMI "bila masa yang sesuai".

Perdana menteri malam tadi mengumumkan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

NONE Katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Syed Ibrahim berkata, sekiranya GMI dibubarkan, penggerak NGO itu mungkin beralih kepada "gerakan" lain, sekiranya masih terdapat peruntukan tahanan tanpa bicara dalam undang-undang yang lain".

"Jadi kita kena gerakkan (dengan nama) 'Gerakan Mansuhkan apa-apalah...," katanya.

GMI yang ditubuhkan sepuluh tahun lalu dianggotai lebih 80 organisasi terdiri daripada NGO, parti politik, badan hak asasi manusia, wanita, mahasiswa, Majlis Peguam dan pertubuhan pekerja. 

ADS