Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hanya 37 rakyat Bangladesh diberi kewarganegaraan
Diterbitkan:  Sep 20, 2011 12:24 PM
Dikemaskini: 4:30 AM

Hanya 37 rakyat Bangladesh yang diberikan kerakyatan Malaysia sejak 1998 sehingga Ogos tahun lalu.

“Daripada jumlah tersebut, hanya 14 layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 akan datang sekiranya berdaftar sebagai pemilih,” kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said dalam satu kenyataan media.

NONE Menurut Jariah, daripada 37 orang itu, 18 diberikan kewarganegaraan pada 2010, lima pada  2009, satu pada  2006, dan dua orang bagi tahun-tahun 2008, 2003 dan 1998.

Tambahnya, sehingga bulan Ogos lalu, hanya empat orang yang diberikan kewarganegaraan.

Daripada pecahan peruntukan itu, lima individu diberikan sijil kewarganegaraan kerana adalah merupakan isteri kepada warganegara Malaysia, manakala empat lagi adalah permohonan kewarganegaraan bagi anak kepada warganegara Malaysia

Sembilan diberikan kewarganegaraan selepas menjadi penduduk tetap lebih 12 tahun, seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 19, perlembagaan persekutuan.

19 lagi lagi diberikan kewarganegaraan mengikut Perkara 15A untuk permohonan dalam keadaan khas bagi kanak-kanak berusia bawah 21 tahun.

bangladesh prime minister office ngo affairs bureau 180911 01 Kenyataan ini dikeluarkan berikutan laporan sebuah agensi kerajaan Bangladesh di laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Sheikh Hasina yang mendakwa bahawa pekerja negara itu di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Bagaimanapun, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menyifatkan laporan itu sebagai tidak berasas dan bermotif jahat dengan sesetengah pihak mahu menghancurkan hubungan baik antara Bangladesh dan Malaysia,"

[Baca berita penuh]

ADS