Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hudud: Dr M patut nasihat PM, kata PAS
Diterbitkan:  Sep 22, 2011 5:42 PM
Dikemaskini: 9:50 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya menasihati perdana menteri menarik balik surat yang didakwa "mengugut" mengenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya hukum itu, melalui Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan, kata naib presiden PAS.

NONE "Kalau Dr Mahathir boleh menasihati (datuk Seri) Najib (Razak) supaya menangguhkan pilihan raya, tak mungkin beliau tak boleh nasihatkan Najib supaya menarik balik surat yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan," kata Salahuddin Ayub ( kiri ).

Salahuddin berkata, ketika menjadi perdana menteri, Dr Mahathir pada 14 Ogos 1994 memberi amaran bahawa kerajaan pusat akan mengambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hukuman itu.

Semalam, Dr Mahathir dilapor mempersoalkan kenapa Kelantan masih tidak meminta kebenaran Najib bagi melaksanakan hudud, sebaliknya terus menyalahkannya ekoran kegagalan menguatkuasakan undang-undang itu.

Sempena bulan Syawal ini, Salahuddin juga menyeru Dr Mahathir menarik balik pelbagai tuduhannya terhadap hukum hudud.

azlan "Beliau (Dr Mahathir) pernah menuduh perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin berkata, Dr Mahathir sepatut berjiwa besar dan menarik balik "persendaannya", antaranya terhadap hukum potong tangan memandangkan ia diperintahkan dalam al-Quran.

"Kalau ada kelapangan, dengan rendah diri juga saya menyeru Dr Mahathir membaca surah al-Maidah ayat 38 dan 39," kata beliau.

Ayat tersebut merujuk arahan supaya tangan pencuri tetapi dan menegaskan sekiranya penjenayan itu bertaubat, Allah akan menerimanya.

ADS