Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau tidak bermaksud untuk memansuhkan kuota bumiputera dalam ucapannya sebelum ini.

Sebaliknya, Najib menjelaskan bahawa ucapan itu bermaksud supaya usahawan bumiputera menjadi lebih berdikari dalam bersaing dengan kaum lain.

"(Wartawan) tidak dengar ucapan saya dengan betul. Saya tidak sebut pemansuhan kuota tapi saya sebut jangan terlalu bersandar pada kuota.

"Peniaga bumiputera mesti lebih berdikari untuk bersaing dengan orang lain supaya kita lebih dihormati. Tapi saya tidak sebut sama sekali berhubung pemansuhan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Umno hari ini.

Isu berkenaan timbul ekoran laporan media yang memetik kenyataannya ketika menjawab satu soalan di program Khazanah Megatrends Forum 2011 pada Rabu lalu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media yang memetik kenyataannya ketika menjawab satu soalan di program Khazanah Megatrends Forum 2011 pada Rabu lalu.

Najib dipetik sebagai berkata, "kami mahu menghindari kuota tetapi kami akan menyokong supaya mereka (usahawan bumiputera) terus berkembang."

"Sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan mereka," katanya lagi.

ADS