Chin Peng tak sakit, kata peguamnya

Seorang peguam yang pernah mewakili bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya Chin Peng menafikan bahawa pemimpin pengganas itu dalam keadaan koma.

chan kok keong 040309Peguam Chan Kok Keong (kiri) memberitahu Malaysiakini berkata desas-desus mengenai Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua di laporan media adalah tidak betul.

"Dia dalam keadaan baik dan tidak dalam keadaan koma seperti laporan beberapa media,” kata  peguam itu.

Menurut Chan, beliau telah menghubungi penjaga Chin Peng di Thailand yang melaporkan keadaan sebenar kesihatan pemimpin komunis itu.

Katanya, memandangkan keadaan itu, adalah wajar bagi kerajaan menyemak semula dan mematuhi perjanjian Hatyai yang ditandatangani lebih 20 tahun lalu.

"Saya rasa kerajaan wajar mengkaji semula dan membenarkan dia kembali kembali ke negara ini dan mematuhi apa yang telah ditetapkan dalam perjanjian itu. Chin Peng adalah seorang lelaki tua yang uzur."

Chan telah mewakili Chin Peng dalam kesnya untuk kembali semula ke Malaysia.

hatyai peace treaty 20th anniversary 301109 chin pengWalau bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan itu selepas beliau gagal menyediakan dokumentasi secukupnya bagi membuktikan bahawa dirinya adalah warganegara.

Menurut peguam, Chin Peng yang berasal dari Setiawan, Perak, telah kehilangan sijil kelahiran semasa darurat.

Malah peguamnya juga bersedia membawa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Nor untuk tampil sebagai saksi bagi memberi keterangan.

Rahim merupakan ketua polis Cawangan Khas yang memeterai Perjanjian Hatyai dengan Chin Peng (atas, kanan) bagi menamatkan empat dekad permusuhan dengan negara.

Chan berkata beliau baru sahaja berbual dengan Chin Peng menerusi telefon, dan bekas setiausaha agung PKM itu memberitahunya "saya dalam keadaan sihat."

"Saya tidak tahu mengapa khabar angin ini disebarkan. Beliau memang berada di Bangkok tetapi yang pasti, bukan berada di hospital seperti yang dilaporkan," kata Chan.

"Khabar angin mengenai kesihatan atau dakwaan bahawa doktor meminta ahli keluarga melawatnya adalah tidak benar."

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.