Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengulangi kenyataannya bahawa BN tidak harus takut untuk mengakui kesilapan dan membuat pembetulan.

Tegasnya, BN harus bertindak sedemikian untuk mengelakkan daripada dihukum sekali lagi dalam pilihan raya akan datang.

mca agm 021011 audience Tiada gunanya jika BN sekadar memohon maaf ketika masuk ke gelanggang pilihan raya, katanya ketika berucap merasmikan persidangan agung MCA hari ini.

Katanya, atas sebab itulah BN perlu melakukan trasformasi politik seperti pemansuhan undang-undang ISA.

"Kalau ada benda yang tidak betul, sekaranglah masanya untuk buat pembetulan," katanya.

"Kalau ada benda yang tidak betul, sekaranglah masanya untuk buat pembetulan," katanya yang menambah, BN perlu dilihat dinamik dan segar untuk kekal relevan kepada pengundi.

Program transformasi sosial dan ekonomi yang dijalankannya juga menunjukkan BN mendengar kehendak daripada masyarakat, katanya.

BN juga berani membuat perubahan seperti itu dan juga konsisten dengan apa yang dibuat – tidak seperti Pakatan Rakyat yang "cakap tidak serupa bikin," kata Najib lagi.

najib at mca youth agm "Mereka kata mereka percaya dengan kebebasan akhbar. Tapi hanya suratkhabar tertentu yang boleh masuk sidang akhbar mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dengan merujuk tindakan PKR yang enggan membenarkan akhbar Utusan Malaysia membuat liputan sidang media mereka.

Terbaru pula ialah tindakan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang enggan membenarkan stesen TV3 membuat liputan salah satu sidang medianya.

Kabinet bayangan Pakatan

Sebaliknya, BN mengambil pendirian berbeza dan tetap membenarkan media yang tidak menyokong parti itu untuk membuat liputan.

"Saya tengok muka-muka itu saya kenal muka siapa," katanya sambil menambah beliau tetap membenarkan wartawan berkenaan mengikuti satu sidang medianya yang diadakan selepas mesyuarat majlis tertinggi Umno, Jumaat lalu.

Malaysiakini turut dibenarkan untuk membuat liputan sidang media berkenaan, selepas tidak dibenarkan untuk berbuat demikian sejak lebih setahun lalu.

pakatan council meeting 290911 before pc front image Najib turut menyerang Pakatan yang tidak membentuk kabinet bayangan walau mendakwa telah mewujudkan sistem dua parti di Malaysia.

Sebabnya, kata Najib, Pakatan tidak dapat mencapai persetujuan untuk melantik pemimpin mereka ke dalam kabinet berkenaan.

"Apa jawatan yang mereka hendak beri kepada (presiden PAS, Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang)? Menteri undang-undang?

"Mohamad Sabu? Apa (jawatan) yang mereka nak bagi kepada dia? Menteri pelajaran?," katanya lagi yang disambut dengan gelak ketawa oleh para perwakilan MCA.

Mengulas mengenai usaha kerajaan untuk meminda Seksyen 27 Akta Polis 1967 yang sering digunakan untuk menyekat perhimpunan aman, Najib berkata pentadbirannya berusaha untuk mencapai keseimbangan di antara hak asasi, kebebasan awam, serta keselamatan dan ketenteraman awam.

NONE Katanya, kerajaan tidak akan menggadaikan hak asasi manusi dan kebebasan awam sekiranya ia memberi kesan kepada keamanan negara.

Dengan mengambil contoh rusuhan yang berlaku di London, Najib berkata kerajaan bimbang kebebasan tersebut akan digunakan oleh pihak tertentu untuk menimbulkan kekacauan.

"Bukan kita tak hendak ada demonstrasi aman, tapi kalau ada demonstrasi jalanan,  akan termasuk dalam kumpulan itu orang yang akan tumpang semangkuk nak buat kacau.

Siapa boleh jamin tak ada kumpulan (yang) kalau ada demonstrasi jalanan, kalau dia tengok ada rumah kedai orang Cina dia nak bakar rumah kedai.

Tiada orang yang boleh jamin, tapi kerajaan perlu pastikan ia tidak berlaku di negara ini," katanya lagi.

ADS