Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Belanjawan Pakatan ibarat poket kosong
Diterbitkan:  Oct 4, 2011 4:53 PM
Dikemaskini: 8:58 AM

"Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada."

Itu jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat.

NONE Pakatan Rakyat membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 hari ini.

"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.

"Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

- Bernama

ADS