Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis Sepang nafi sindiket IC Desa Pinggiran
Diterbitkan:  Oct 14, 2011 11:11 AM
Dikemaskini: 4:32 AM

Polis menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.

bangi resort foreigners citizenship 121011 Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, lapor Sinar Harian .

Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.

“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

“Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu.

ADS