Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan audit dibentang minggu depan
Diterbitkan:  Oct 18, 2011 1:57 PM
Dikemaskini: 6:44 AM

Laporan ketua audit negara yang tertangguh hampir dua minggu dijangka akan dibentangkan di parlimen minggu depan.

Menurut sumber dari jawatankuasa kira-kira wang awam negara, laporan berkenaan dijangka akan dibentangkan seawal hari Isnin.

Bagaimanapun, sumber lain daripada jawatankuasa itu menyebut, laporan itu mungkin akan dibentangkan pada tarikh lain.

Ini memandangkan, jawatankuasa kira-kira wang awam negara hanya akan mengadakan mesyuarat pada tarikh tersebut, menurut sumber berkenaan.

Sebelum ini, ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat mempertikaikan kelewatan laporan kewangan itu dikeluarkan dan menimbang untuk mengemukakan usul khas bagi menuntut penjelasan kerajaan.

[Berita penuh menyusul]

 

ADS