Najib masih di penjara, peguam tuntut tahanan rumah segera
Pasukan peguam Najib Razak mengesahkan bekas perdana menteri itu masih belum meninggalkan Penjara Kajang.
Pada kenyataan malam ini, firma guaman Shafee & Co berkata proses pelepasan Najib untuk menjalani tahanan rumah sedang berlangsung ketika Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan memaklumkan proses itu ditangguhkan.
Terdahulu, AGC meminta pelaksanaan tahanan rumah Najib ditangguhkan sementara serta-merta, sementara menunggu penjelasan mengenai persoalan undang-undang berhubung pengampunan bersyarat terhadapnya.
Sebagai maklum balas, pasukan peguam Najib berkata kenyataan itu mengabaikan perintah tahanan rumah Yang di-Pertuan Agong.
/file/attachments/889/hujan_565054.jpg)
“Tiada apa-apa dalam kenyataan itu yang memberikan asas untuk terus menahan anak guam kami di Penjara Kajang.”
Mereka mengemukakan beberapa tuntutan, termasuk supaya Komisioner Jeneral Penjara menyelesaikan proses pelepasan Najib untuk menjalani tahanan rumah tanpa berlengah, serta Peguam Negara Dusuki Mokhtar menarik balik kenyataan AGC serta-merta.
“AGC, jika masih mempunyai sebarang persoalan mengenai perintah-perintah itu, (sepatutnya) membawanya ke Mahkamah Tinggi, dan kami akan menjawabnya di sana. AGC tidak boleh terus menahan anak guam kami di Penjara Kajang sementara berbuat demikian.
“Setiap syarat yang ditetapkan Seri Paduka Baginda sudah dipenuhi, dan tiada alasan yang sah di sisi undang-undang untuk anak guam kami terus berada di Penjara Kajang walau seketika lagi.”
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/12/cd3d425a124e65f827f444cd500f2d57.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.