Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDEB kerugian tetapi mampu bayar RM577k bonus
Diterbitkan:  Oct 25, 2011 5:32 PM
Dikemaskini: 10:42 AM

Selepas merakamkan keuntungan kecil dua tahun berturut-turut, anak syarikat pelaburan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) mencatatkan kerugian RM122 juta pada tahun 2009.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, punca kerugian itu adalah kerana program air percuma pentadbiran Pakatan Rakyat, yang ditanggung oleh KDEB pada kos sebanyak RM131.47 juta.

azlan "Ini merupakan peningkatan dalam perbelanjaan yang tidak seimbang apabila dibandingkan dengan peningkatan dalam pendapatan," kata laporan itu.

Di sebalik kerugian itu, KDEB tetap membayar bonus bernilai RM576, 563 kepada 30 kakitangannya. Keputusan itu diluluskan oleh lembaga pengarah syarikat empat-ahliyang terdiri daripada Menteri Besar, presiden syarikat, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri.

Lembaga pengarah juga dibidas kerana gagal mematuhi pekeliling Perbendaharaan 1993 yang mensyaratkan lembaga itu untuk memenuhi mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun demi melindungi kewangan syarikat.

"Audit itu mendapati bahawa mesyuarat itu tidak berlaku sekerap seperti yang sepatutnya. Dua mesyuarat diadakan pada tahun 2007 dan 2009 manakala tiga mesyuarat pada tahun 2008.

azlan "Walau bagaimanapun, lembaga KDEB telah bermesyuarat sebanyak empat kali pada tahun 2010 (yang bukan merupakan sebahagian daripada skop audit)," kata laporan itu.

Kesimpulannya, laporan itu berkata bahawa pentadbiran KDEB tidak memuaskan kerana kekurangan mesyuarat lembaga, audit tidak aktif, mekanisme pemeriksaan yang tidak cekap dan pengurusan kewangan yang tidak memuaskan.

"KDEB harus mematuhi semua peraturan dan pekeliling yang berkaitan dengan pentadbiran korporat," kata laporan itu.

[Baca berita penuh]

ADS