Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Buku 'seks Islam' diharamkan
Diterbitkan:  Nov 2, 2011 10:51 PM
Dikemaskini: Nov 3, 2011 1:01 AM

Kerajaan akhirnya mengharamkan buku kontroversi "seks Islam" yang diterbitkan Kelab Isteri Taat.

Sesiapa yang memiliki buku karangan balu kepada pengasas al-Arqam Ashaari Muhammad itu boleh didenda sehingga RM5,000, lapor The Star yang memetik kenyataan Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Aziz Md Nor.

obedien wife club book sex islam Menurut beliau, buku itu diharamkan kerana ia diterbitkan oleh sebuah pertubuhan yang mempunyai hubungan jelas dengan al-Arqam.

Oleh kerana pergerakan berkenan diharamkan, segala yang berkaitan dengannya, termasuk kelab dan buku, turut juga haram, katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Inggeris itu.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini dilaporkan menimbang untuk menyekat pengedaran buku tulisan Hatijah Aam yang didakwa menonjolkan seks dengan cara tidak beradab itu.

Buku berjudul: Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia itu memaparkan gambar bekas pemimpin Al-Arqam, allahyarham Asaari Muhammad di kulitnya.

Kelab Isteri Taat mengehadkan jualan buku setebal 115 halaman itu kepada anggotanya yang telah berkahwin sahaja dengan harga RM50.

ADS