MCCBCHST: Jangan sembelih lembu di sekolah

Menjelang sambutan Aidiladha, esok Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa pihak berkuasa supaya tidak meneruskan amalan menyembelih lembu-lembu di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam.

azlanDalam kenyataan yang ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin majlis itu, MCCBCHST  menyuarakan kebimbangan bahawa upacara mengorbankan lembu - yang dianggap sebagai binatang suci oleh penganut Hindu - akan diadakan di premis sekurang-kurangnya dua buah sekolah di Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Upacara penyembelihan lazimnya dijalankan di perkarangan masjid, tetapi ada kalanya dilakukan di lokasi-lokasi lain.

Malaysiakini difahamkan upacara pengorbanan yang dijadualkan pada Jumaat ini, bafgaimanapun telah dibatalkan atas sebab-sebab tiada kemudahan yang mencukupi di sekolah berkenaan.

Namun demikian, MCCBCHST berkata pihaknya kurang senang apabila aktiviti seperti itu dijalankan di hadapan penduduk pelajar yang berbilang kaum dan budaya, kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia.

felda cow cattle rearing centre palong 120206 cow02"Kami merayu pihak berkenaan supaya menghormati sensitiviti masyarakat kita yang berbilang agama dan memohon mereka untuk menghentikan upacara pengorbanan daripada dijalankan di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan tempat-tempat awam lain.

"Kami berpendirian bahawa tempat-tempat awam, terutamanya sekolah-sekolah, bukan tempat yang tepat untuk melaksanakan upacara ini yang hanya berkaitan dengan masyarakat Islam. Ini tidak memberi teladan yang baik untuk kita menggalakkan keharmonian dan keamanan di kalangan rakyat majmuk negara ini,” kata kenyataan itu lagi.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.