Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berbohong kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataan mereka mengenai pinjaman mudah yang diberikan kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), dakwa PKR.

NONE Menurut pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, keseluruhan pinjaman mudah dan pemberian geran berjumlah lebih RM256 juta telah dikeluarkan oleh syarikat penternakan lembu yang dimiliki oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet itu.

"Keseluruhan jumlah dana tersebut sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009. Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 abbatoir "Manakala pada 31 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad," kata Rafizi.

Turut serta pada sidang media itu, Setiausaha PKR Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Machang.

Sertakan dokumen

Sambil mengedarkan dokumen daripada Suruhanjaya Syarikat dan penyata akaun untuk menyokong dakwaannya, Rafizi berkata bahawa maklumat transaksi dalam dokumen berkenaan dengan jelas menunjukkan bahawa keseluruhan jumlah telah dikeluarkan.

NONE Noh pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu berkata bahawa hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar manakala projek itu tidak gagal sebagaimana yang didakwa oleh PKR.

Katanya lagi, tidak ada percanggahan kepentingan dalam keluarga menteri kabinet itu yang mendapat geran kerajaan melalui saluran yang betul.

Najib pula pada 1 November lalu melalui awapan bertulis kepada Dewan Rakyat memaklumkan  bahawa setakat 31 Julai hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada NFC.

Kedua-dua kenyataan tersebut menjelaskan bahawa bayaran pinjaman itu belum dibayar sepenuhnya.

azlan "Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar dan menyelewengkan transaksi sebenar yang melibatkan kerajaan Malaysia melalui Kementarian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC yanf dimiliki serta diurus oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Berasaskan kepada fakta-fakta yang diperolehi, saya menyeru Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Datuk Shahrizat Jalil tampil ke hadapan menjelaskan secara terperinci sama ada telah berlaku sebarang penyelewengan wang rakyat sepanjang Projek Fidlot Kebangsaan ini dilaksanakan," kata Saifuddin pula.

[Baca berita penuh]

ADS