Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP minta cadang idea kurangkan jenayah
Diterbitkan:  Nov 20, 2011 9:16 AM
Dikemaskini: 1:59 AM

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta orang ramai yang mempunyai sebarang cadangan atau idea baru yang boleh digunakan untuk mengurangkan indeks jenayah supaya menyalurkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

NONE Ismail ( kiri ) berkata sebarang cadangan boleh dikemukakan kepada Ketua Polis daerah dan negeri, melalui Pegawai Perhubungan Awam PDRM atau laman sosial 'Facebook'.

"Kalau ada sesiapa hendak bagi idea baru mungkin benda yang kita tidak pernah terfikir, kita akan laksanakan dan akan memberi individu tersebut hadiah sebagai cenderahati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Kesedaran Jenayah Peringkat Negeri Selangor.

Progam itu  dianjurkan bersama Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK Selangor), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Kementerian Belia dan Sukan di pusat beli belah The Curve di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata dengan bantuan dan sokongan orang ramai indeks jenayah di negara ini dapat dikurangkan lagi.

Beliau berkata malah di bawah 26 inisiatif PDRM di Bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah menunjukkan hasil apabila masyarakat sendiri yang bertanyakan kepada polis apa yang boleh dibantu.

Kejayaan insiatif itu juga telah meletakkan Malaysia menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara di seluruh dunia berdasarkan kajian Global Peace Index.

Terdahulu semasa merasmikan program itu, Ismail turut melancarkan buku 'Beyond Policing-The Strategic Shift' yang ditulis oleh Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah bersama penceramah bebas Khoo Kheng Hor.

Buku setebal 179 muka surat yang berharga RM25 itu mengandungi tips bagaimana masyarakat boleh bekerjasama untuk menghadapi penjenayah dan ia dipasarkan di semua cawangan kedai buku MPH di seluruh negara.

- Bernama

ADS