Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Debat AUKU diganggu, Saifuddin mahu jawapan
Diterbitkan:  Dec 10, 2011 8:44 PM
Dikemaskini: Dec 11, 2011 3:15 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menuntut jawapan mengenai percubaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya (UM) mengganggu debat nmengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) malam tadi.

NONE "Saya dukacita debat AUKU di UM malam tadi terbatal ketika ia

sedang diadakan. Saya sedang menyiasatnya," tulisnya dalam Twitter.

Debat di UM itu bermula jam 9 malam antara dua pesaing utama di kampus - Pro-Mahasiswa yang anti-AUKU dan Pro-Aspirasi yang menyokong undang-undang itu.

Apabila dihubungi, presiden KAMI, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata debat tersebut berjaya berjalan hingga tamat, tetapi dicemari beberapa percubaan pihak keselamatan kampus untuk menghentikannya.

NONE "Apabila mereka mula mengganggu kami, waktu sesi soal-jawab, kira-kira empat pengawal keselamatan cuba menghentikan debat tersebut atas arahan (timbalan naib canselor) Rohana Yusof (kiri).

"Mereka tutup lampu kami tetapi kami buka balik," katanya.

Bagaimanapun, Haziq Abdullah berkata pengawal tersebut tidak cuba menghalang mereka daripada bercakap.

Katanya, presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM, Mohd syahid menghubungi Rohana dan berunding dengan beliau supaya menggunakan budi bicara dan membenarkan debat itu diteruskan.

Rohana enggan, kata Haziq Abdullah, tetapi keadaan itu memberi masa kepada mereka untuk meneruskan debat itu yang dihadiri 300 pelajar, hingga tamat pada jam 10.15 malam.

[Baca berita penuh]

ADS