Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy yang terheret dalam perbalahan dengan ketuanya Karpal Singh kerana melabelkan pemimpin veteran itu sebagai “godfather” atau “bapa angkat” akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib.

penang dap convention 111211 karpal guan eng ramasamy Menurut Karpal yang juga pengerusi DAP, aduan terhadap Ramasamy telah diterima oleh parti itu daripada seorang pemimpin tempatan - iaitu ketua bahagian Kampung Juru, Tan Ah Huat.

Katanya, Tan menghantar sepucuk surat yang diterima oleh parti itu pada 8 Disember lalu dan telah merujuk perkara berkenaan kepada lembaga disiplin untuk tindakan selanjutnya.

Beliau mengulas mengenai tindakan parti itu ke atas Ramasamy jika timbalan ketua menteri itu  gagal menarik balik dan memohon maaf kepada Karpal berhubung dakwaan label “bapa angkat” yang dilontarkannya itu.

"Jika seseorang tidak mematuhi amalan DAP, parti boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja, tidak kira berapa tinggi kedudukannya. Ia adalah semudah itu," katanya kepada pemberita.

Karpal juga ditanya mengenai bidasan pemimpin BN berhubung krisis berkenaan dan sama ada lebih baik jika konflik dalaman parti tidak dibawa keluar.

"Isu-isu kepentingan awam perlu dibawa kepada perhatian orang ramai. Seseorang tidak boleh secara terbuka mengumumkan kerusi untuk calon tertentu dan juga untuk dirinya sendiri.

"Jika laporan (akhbar) salah, ia mesti dibetulkan dengan serta-merta. Itu yang kita sentiasa lakukan atau tidak, kenyataan yang dibuat itu kekal," kata Karpal yang juga adalah ahli parlimen Bukit Gelugor.

Beliau merujuk kepada laporan dalam akhbar-akhbar berbahasa Tamil yang memetik Ramasamy sebagai berjanji memberi kerusi kepada calon-calon pilihan raya yang disokongnya. Ramasamy bagaimanapun menafikan beliau membuat kenyataan berkenaan.

azlan Karpal ketika mengulas laporan itu, berkata tidak seharusnya terdapat “panglima perang” dalam DAP tetapi Ramasamy membalas dengan berkata, pernanan “bapa angkat” juga tidak sepatutnya ada dalam DAP.

Kemelut itu semakin kusut apabila dua lagi ADUN DAP - RSN Rayer (Seri Delima) dan A Thanasekharan (Bagan Dalam) diheret sama dan menuntut permohonan maaf dan penarikan balik daripada Ramasamy kerana keterlanjurannya itu.

[Baca berita penuh]

ADS