Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nyamuk Toxorhynchites dapat kurangkan Aedes
Diterbitkan:  Dec 14, 2011 2:33 PM
Dikemaskini: 7:12 AM

Nyamuk jenis Toxorhynchites dilihat mampu mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes yang membawa ancaman demam denggi.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimi Abdul Manaf, jentik-jentik nyamuk berkenaan akan memakan jentik-jentik nyamuk Aedes, sekaligus dapat mengurangkan pembiakan nyamuk aedes yang membawa ancaman denggi itu.

aedes mosquito 180910 aedes mosquito "Ancaman demam denggi merupakan antara ancaman terbesar penduduk dunia yang membawa kematian lebih 22,000 orang setiap tahun.

"Pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mengadakan kerjasama dengan pihak Universiti Sains Malaysia dalam usaha menangani masalah ancaman denggi dan pelepasan nyamuk jenis itu merupakan kaedah baru yang berkesan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan kesihatan persekitaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata usaha itu perlu dicontohi pihak berkuasa tempatan lain.

Menurutnya nyamuk berkenaan merupakan satu kaedah baru kerana jentik-jentik nyamuk berkenaan akan memakan jentik-jentik nyamuk Aedes.

"Ini merupakan satu usaha yang proaktif yang harus dipuji dan kita menyokong pengunaannya melalui teknik terbaru ini," katanya.

Sementara itu Pengarah Kesihatan MPSJ Dr Roslan Mohamed Hussin berkata bagi peringkat pertama pelepasan nyamuk Toxorhynchites telah mula dilakukan pada 2010 selepas mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan.

dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905 Setakat ini, katanya pelepasan nyamuk berkenaan telah dilakukan sebanyak dua peringkat dengan 200 ekor pasang nyamuk dilepaskan pada satu peringkat.

Dr Roslan berkata hasilnya pihak MPSJ dapat mengurangkan sebanyak 70 peratus masalah denggi tahun ini di sekitar daerah berkenaan.

"Nyamuk itu tidak menghisap darah dan hanya memakan madu tumbuh-tumbuhan selain jentik-jentik nyamuk itu memakan jentik-jentik nyamuk Aedes," katanya.

- Bernama

ADS