Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi andaian kedudukan Zambry sebagai MB
Diterbitkan:  Jan 3, 2012 4:47 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

Ulasan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berhubung kedudukannya dalam pilihan raya umum depan terus menjadi bahan spekulasi.

NONE Pemuda PAS Perak berkata, kenyataan Zamry yang menyerahkan kepada kepimpinan BN untuk memutuskannya bertanding di kerusi parlimen dan DUN menimbulkan persoalan berhubung masa depan karier politiknya.

"Adakah mungkin Datuk Seri Zambry telah gagal melaksanakan tugasnya sebagai menteri besar di Perak?

"Atau adakah Datuk Seri Zambry akan mengakhiri karier politiknya?" soal setiausahanya dewan itu Salman Saleh.

Dalam wawancara khas dengan The Star , Zambry pada 31 Disember lalu dilaporkan berkata, beliau menyerahkan soal kedudukannya sama ada akan diletakkan bertanding di parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada kepimpinan parti.

"Menjadi menteri besar bukan tujuan muktamad saya. Harapan saya adalah bersama Barisan untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya mengulas cakap-cakap beliau mungkin ditukar bertanding di kawasan parlimen dalam pilihan raya depan.

Dalam kenyataannya hari ini, Salman bagaimanapun berkata, mereka tetap berpendapat Zamry gagal menandingi kerja menteri besar sebelumnya Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.

"Walaupun rakyat Perak sedar Datuk Seri Zambry sering meniru kerja-kerja Datuk Seri Nizar sejak mula menduduki kerusi menteri besar Perak sehinggalah sekarang, namun masih tidak berjaya.

husni eon bank function 120310 ahmad husni "Dan bagi kami lagi, marilah kita sama-sama melihat siri-siri drama yang akan berlaku dalam Umno negeri Perak dalam menentukan orang nombor satu mereka," kata Salman lagi.

Menurut spekulasi yang tersebar sejak kebelakangan ini, Zambry dikatakan akan digugurkan dan jawatan itu akan diisi oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah jika BN berjaya mengusai semula Perak.

ADS