Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jeffrey Kitingan lancar Star Sabah Jumaat ini
Diterbitkan:  Jan 4, 2012 8:25 AM
Dikemaskini: 12:27 AM

Presiden Barisan Borneo Bersatu (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan akan melancarkan Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah di Penampang, Sabah pada Jumaat, kata pengerusi jawatankuasa penganjur Awang Ahmad Sah Awang Sahari.

NONE Dalam satu kenyataan akhbar, katanya, presiden STAR Dr Dripin Sakoi akan menyertai majlis pelancaran itu yang akan berlangsung di Hongkod Koisaan, Penampang.

Star ialah parti yang berdaftar di Sarawak.

Pada 16 Dis, Kitingan mengumumkan pembentukan perikatan dengan parti-parti yang berpangkalan di Sabah dan Sarawak, dikenali sebagai Pakatan Borneo Bersatu yang akan memberi cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

- Bernama

ADS