Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Penggantungan Adam zalim, bermotif politik'
Diterbitkan:  Jan 10, 2012 10:20 AM
Dikemaskini: 8:55 AM

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membidas tindakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menggantung pengajian aktivis mahasiswa yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, tindakan pada Adam Adli Abdul Halim bersifat opresif, bermotif politik yang zalim dan jelas menghalang mahasiswa daripada menyuarakan pandangan.

nurul izzah pc 050112 02 “Kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya ketakutan di kalangan orang muda.

“Sebagai nadi masyarakat majoriti, mahasiswa dan anak muda wajib diberi ruang untuk berfikir secara kritikal, berbincang secara mendalam, dan bersuara dengan lantang.

“Di manakah mahasiswa mampu mengalami ruang sebegini jikalau bukan di universiti?” soal ahli parlimen Lembah Pantai itu.

smm protest in sultan idris university 010112 05 Menurut Nurul Izzah ( atas ), hukuman itu sebenarnya merendahkan maruah dan nama UPSI sendiri sedangkan institusi itu mempunyai sejarah yang berkait rapat dengan kebangkitan semangat kebangsaan sejak sebelum kemerdekaan.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita bangkit dan pertahankan hak mahasiswa, kerana mahasiswa lah yang menjadi penyambung perjuangan kita demi Malaysia yang lebih baik,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Suaram: Hukuman terpilih

Sementara itu, NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyifatkan, insiden yang menimpa Adam menggambarkan kurangnya kebebasan mahasiswa dalam menyuarakan pandangan tanpa takut dan prejudis.

NONE “Suaram berpandangan perkembangan ini amat membimbangkang kepada perkembangan hak asasi manusia di Malaysia.

"Cadangan untuk menggantung Adam muncul daripada amalan hukuman terpilih di kampus universiti,” kata pengurus progamnya E Nalini ( kanan ).

Dalam kenyataannya hari ini, Nalini berkata, pihaknya mendesak canselor UPSI menarik balik tindakan “tidak adil” itu untuk mengembalikan ketelusan akademik dan mengembalikan nama baik universiti.

“Kami juga menuntut segala gangguan, ancaman dan gertakan terhadap aktivis mahasiswa – yang semakin ketara akhir-akhir ini - berakhir di sini,” katanya lagi.

JINGGA 13: Bunuh sahsiah mahasiswa

Sementara itu, NGO yang mesra PKR, JINGGA 13 turut membidas tindakan UPSI yang bertindak menggantung Adam selama lapan belas (18) bulan tanpa dibenarkan pembelaan peguam semasa dibicarakan.

NONE Setiausahanya Saifuddin Shafi Muhammad ( kiri ) dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan itu atas tuduhan mencemarkan reputasi UPSI adalah tidak wajar dan ternyata berat sebelah.

“Adalah satu kerugian buat negara dan institusi perguruan itu yang telah menggantung mahasiwa yang begitu progresif dan berani menyatakan pendiriannya secara tegas di sebalik mahasiswa lain yang terjerut dengan akta terbabit.

“JINGGA 13 menyatakan sokongan padu kepada Adam Adli dan berharap tempoh penggantungan ini digunakan sebaiknya oleh beliau dalam mencapai cita-citanya untuk berkempen tentang kebebasan akademik.

“Proses ini adalah satu tempoh matang buat Adam Adli yang akan membuka jalan kepada kebebasan akademik yang lebih sempuna pada waktu-waktu mendatang,” katanya.

Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta mulai semalam.

NONE Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang pro-pelajar.

Menurut Saifuddin Shafi, tindakan UPSI menggantung Adam Adli hanya membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diamalkan kini semakin menekan dan membunuh pembangunan sahsiah mahasiswa.

adam adli  suspended by upsi 090112 04 “Jingga 13 merasakan keputusan itu adalah tidak wajar dan ternyata berat sebelah serta membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diamalkan kini semakin menekan dan membunuh pembangunan sahsiah mahasiswa dan kecenderungan positif mereka,” katanya lagi.

Adam Adli pada sidang medianya semalam memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

"Saya tak kisah gantung, gantunglah saya. Kita akan terus lawan di mahkamah luar… Kita akan umumkan bila kita fail (permohonan)," katanya.

Katanya, beliau tidak akan merayu terhadap keputusan itu walaupun diberi peluang.

AMK Samakan dengan Tunisia

Sementara itu, Pemuda PKR (AMK) pula mengangkat Adam sebagai simbol protes mahasiswa dan menyamakannya dengan tindakan pemuda Tunisa yang membakar diri sendiri dan mencetuskan “Arab Spring”.

setiausaha pelaksana gerakan mansuhkan ppsmi gmp saifullah zulkifli “Tindakan membakar diri Muhammad Bouazizi dan tindakan disiplin menggantung 3 semesta pengajian di UPSI terhadap Adam Adli merupakan dua tindakan berbeza tetapi dengan matlamat yang sama iaitu mengajar rejim yang zalim dan angkuh,” kata pengarah biro mahasiswa AMK Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.

Di samping menegaskan pendirian mahu memansuhkan AUKU dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Saifullah berkata pihaknya bersama kumpulan peguam Lawyers For Liberty akan membantu dan meneliti langkah wajar untuk diambil mahasiswa itu.

ADS