Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata Pakatan Rakyat perlu mengemukakan rancangan pengampunan kepada pelaku rasuah sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

"Kita mesti hukum perasuah besar tapi boleh maafkan perasuah kecil supaya kita boleh langkah ke depan tanpa halangan," katanya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Alor Setar hari ini.

pakatan convention alor setar s ambiga Beliau memberi cadangan demikian dengan mengambil contoh daripada pengalaman Hong Kong ketika menubuhkan badan anti rasuah ICAC.

Berucap dalam sesi sesi suara nurani rakyat Malaysia dalam konvensyen itu, Ambiga turut menyarankan supaya Pakatan menyediakan dasar untuk mencari kebenaran dan menyelesaikan kes kematian melibatkan agensi awam.

Beliau mengambil contoh proses perdamaian Afrika Selatan melalui pembentukan suruhanjaya untuk mencari kebenaran dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock dan Sarbaini Ahmad.

"Saya mahu tahu apakah pendirian Pakatan dan dalam hal pembentukan commision of truth and reconciliation ini," katanya

Jelasnya, kes berkenaan bertujuan untuk membolehkan anggota keluarga terlibat mendapat keadilan.

Tambahnya, Pakatan juga perlu mengemukakan rancangan untuk mendapatkan semula dana haram yang dibawa keluar daripada negara ketika pentadbiran BN, didakwa berjumlah lebih RM1 trilion.

"Apakah rancangan Pakatan untuk kembalikan wang tersebut ke negara ini?... Kita tuntut supaya sejumlah besar wang ini dikembalikan kerana ini wang rakyat," katanya yang disambut dengan tepukan.

ADS