Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu KUIN 5: Memo SMM tak sampai pada presiden PAS?

Kekeliruan masih timbul berhubung satu memorandum Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengenai penggantungan mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN), yang didakwa masih belum diterima presiden PAS.

pakatan convention alor setar abdul hadi awang Malaysiakini masih belum dapat memastikan bagaimanakah memorandum berkenaan gagal disampaikan kepada presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang – tindakan yang disifatkan SMM sebagai petanda bahawa PAS tidak serius dalam isu tersebut.

Dua orang pegawai kanan Abdul Hadi juga saling menuding jari apabila ditanya mengenai memorandum misteri itu.

Timbalan setiausaha agung parti, Ahmad Sabki Yusof mengakui bahawa beliau telah menerima memorandum daripada wakil SMM, dalam satu pertemuan pada Mei lalu di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

Memorandum berkenaan kemudiannya telah diserahkan kepada setiausaha politik presiden PAS, Dr Samsuri Mokhtar, kata Ahmad Sabki ketika dihubungi Malaysiakini , semalam.

Tak terima

"Saya yang terima dan saya beri kepada setiausaha politik, Dr Samsuri sebab dia yang sepatutnya terima.

"Saya tidak tahu apa jadi selepas itu, kena tanya Dr Samsuri," katanya yang menambah, memorandum berkenaan diterima daripada wakil SMM dalam satu pertemuan di ibupejabat PAS, Kuala Lumpur.

Samsuri ketika ditanya selepas itu bagaimanapun berkata, beliau tidak menerima memorandum berkenaan.

NONE Katanya, beliau tidak dapat hadir dalam pertemuan berkenaan dan meminta Sabri untuk menerima memorandum tersebut bagi pihak dirinya.

"Dia cerita kepada saya, dia kata Pemuda (PAS) nak bincang dulu, jadi saya biarkan Pemuda bincang dululah.

"Saya sendiri pun tak terima di tangan saya. Butir terperinci memo itu pun saya tidak baca.

"Saya ingat cuma yang itulah. Apa pun saya kena semak dengan dia dulu, dia bagi kepada saya masa mana," katanya lagi.

Pertahankan AUKU

SMM mendakwa PAS masih tidak serius menangani isu penggantungan lima mahasiswa KUIN dengan menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) apabila presiden parti itu  sendiri memeberi kenyataan yang menunjukkan beliau tidak dimaklumkan isu sebenar.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02 Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razak dalam kenyataannya Isnin lalu juga berkata, pergerakan itu tidak melihat tindakan serius oleh dalam Dewan Pemuda PAS untuk menasihati menteri besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ( kanan ), dalam isu berkenaan.

Malah, Azizan juga didakwa masih berpegang kepada pendirian untuk mempertahan AUKU, kata Ahmad Syukri lagi.

Kenyataannya itu timbul berikutan laporan lidah parti PAS, Harakahdaily kelmarin yang mengesahkan bahawa Abdul Hadi belum menerima memorandum berkenaan.

ADS