Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saman di Australia tak jejas jualan AirAsia
Diterbitkan:  Feb 2, 2012 2:58 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Saman terhadap AirAsia X di Australia baru-baru ini tidak akan menjejaskan prestasi jualan syarikat penerbangan tambang rendah itu di negara berkenaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

    

Beliau berkata saman itu merupakan masalah teknikal yang kecil dan tidak menyebabkan sebarang perubahan terhadap kekerapan perkhidmatan syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu ke Australia.

    

NONE AirAsia X kini terbang ke Gold Coast, Melbourne, Perth dan Sydney.

Awal bulan ini, kumpulan pemantau pengguna di Australia menyaman syarikat penerbnagan tambang rendah itu kerana didakwa gagal mendedahkan harga penuh tambang untuk penerbangan dari Australia.

    

Suruhanjaya Pertandingan dan Pengguna Australia (ACCC) mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat penerbangan itu pada hari yang sama eksekutifnya melancarkan tambang bagi laluan Sydney-Kuala Lumpur pada tambang sehala serendah A$99 (RM319).

    

"Isu itu hanya membabitkan empat laluan daripada beratus-ratus laluan AirAsia dan AirAsiaX. Oleh itu, ia hanya isu kecil.

    

"Pengurusan AirAsia X telah membetulkannya," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan Airbus A320 ke-100 Air Asia di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang.

    

Beliau berkata Azran (Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X) sudahpun mengenal pasti kemungkinan untuk AirAsia terbang ke Adelaide.     

    

Sementara itu, Fernandes berkata Kerangkakerja Usaha Sama Menyeluruh antara Malaysian Airline System Bhd (MAS), AirAsia dan AirAsia X tahun lepas akan membuahkan hasil dalam tempoh enam bulan akan datang.

"Perjanjian pertukaran saham itu yang meliputi perjanjian usaha sama untuk meneroka pelaung-peluang yang luas antara entiti terbabit, istimewa kepada kumpulan AirAsia.

    

"Dalam empoh enam bulan, perubahan ketara akan berlaku.

    

"MAS dan AirAsia akan menjadikan Malaysia kuasa besar dalam industri penerbangan Asia," katanya.

- Bernama

ADS