Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahrizat: Pembangkang 'jambu mengendap' saya

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini membidas seorang tokoh pembangkang yang kerap mengheretnya dengan skandal projek ternakan lembu syarikat  Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) sejak tiga bulan yang lalu.

shahrizat general hospital 050212 "Semalam, apabila saya pergi ke Perak, ramai (ahli Umno) Wanita memberitahu saya bahawa terdapat seorang ahli pembangkang muda yang sering mengendap saya sejak tiga bulan yang lalu.

"Mereka beritahu bahawa orang ini bercita-cita jadi ketua Wanita, jadi adalah sesuai jika kita hantar pakaian seragam merah dan putih kepadanya," katanya selepas majlis penyampaian hamper sempena sambutan Maulidul Rasul, di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Ditanya wartawan jika beliau merujuk kepada ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar atau pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, Shahrizat menjawab: "Beliau seorang lelaki."

"Saya lihat jika dia memakai seragam wanita (Umno), dia akan kelihatan agak ‘cun’ kerana dia ini ‘jambu’ sedikit."

Apabila diasak lanjut bagi menjelaskan sindirannya itu, Shahrizat berkata orang itu mempunyai cita-cita politik yang tinggi dan ingin bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

NONE Sebelum ini, Rafizi, seorang pemimpin PKR sejak tiga bulan lalu telah membuat pendedahan demi pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan yang dikatakan dilakukan oleh NFC di mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah pengerusinya.

Ini termasuk pembelian kondominium mewah RM13.8 juta di Bangsar, RM3.4 juta untuk tanah di Putrajaya, RM830,000 untuk tuntutan percutian dan RM530,000 untuk pembelian kereta mewah.

NFC dituduh membelanjakan sebahagian daripada pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan bukan untuk projek ternakan lembu tetapi dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan.

[Baca berita penuh]

ADS