Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dewan Ulama mahu Hadi terus pimpin PAS
Diterbitkan:  Feb 13, 2012 7:01 PM
Dikemaskini: 11:02 AM

Dewan Ulama PAS Pusat mahu presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus memimpin parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Datuk Harun Taib, berkata kepimpinan Abdul Hadi diperlukan bukan saja di peringkat parlimen bahkan di peringkat negeri Terengganu.

Keputusan itu dicapai secara sebulat suara oleh semua anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat pada mesyuaratnya baru-baru ini, katanya dalam satu kenyataan pada laman web rasmi PAS hari ini.

- Bernama

ADS