Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mufti ingatkan PM minta nasihat agama sebelum hadir
Diterbitkan:  Feb 14, 2012 7:00 AM
Dikemaskini: Feb 14, 2012 7:41 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa mendapatkan pandangan penasihat agamanya terlebih dahulu sebelum menghadiri upacara agama lain, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Menurut beliau, ini termasuk kehadiran kontroversi Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

NONE Dr Juanda ( kanan ) berkata, perkara itu penting supaya tindakan perdana menteri tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.

"Garis panduan berhubung perkara itu sudah ada. Saya kecewalah, apa peranan penasihat-penasihat agama PM ini? Jangan tunggu sampai diminta baru hendak beri nasihat.

"Ia akan menyebabkan imej PM menjadi teruk," katanya yang juga bekas zamil pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.

Najib pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar. Gambarnya juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan.

Harussani dapat pujian Nik Aziz

Tindakan itu - yang tidak pernah dilakukan dua perdana menteri sebelumnya - mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin agama, NGO Islam dan PAS.

najib thaipusam 2011 Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan antara yang paling lantang dalam isu itu apabila meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Najib yang didakwa "menggadai akidah" walaupun sudah ditegur setiap tahun.

Dr Juanda menegaskan penasihat agama perdana menteri perlu memainkan peranan itu kerena mereka mampu mendapatkan gambaran sebenar sama ada pemimpin negara terlibat dalam "perayaan ibadat atau adat".

Beliau pada 8 November lalu semasa menegur laporan bahawa Najib dan Isteri selesai ibadat haji sebelum masanya pernah menegaskan keperluan supaya orang kenamaan diberi "nasihat yang benar" atau ia hanya memalukan pihak berkenaan dan negara sendiri.

NONE Sementara itu, Malaysiakini difahamkan, perkara sama turut disentuh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat ( kanan ) ketika berucap dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu malam tadi.

Beliau yang juga mursyidul am PAS dikatakan memuji sikap mufti, khususnya Harussani yang berani menyatakan pendiriannya dalam isu itu "walaupun nampak tidak ditaati".

ADS