Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JK disiplin DAP dapati Nga tak bersalah
Diterbitkan:  Feb 16, 2012 8:31 PM
Dikemaskini: 10:45 PM

Jawatankuasa Disiplin DAP mendapati timbalan bendahari parti itu, Nga Kor Ming tidak bersalah terhadap dakwaan menyalahgunakan kuasa sebagai exco kerajaan negeri untuk mempengaruhi proses tender Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada 2008.

Dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa itu berkata ia telah memanggil Nga, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, enam bekas ahli exco dan tiga ahli MBI yang menganggotai lembaga tender ketika itu, dalam membuat keputusan tersebut.

Nizar dan anggota exco terbabit menafi mengesyorkan kepada MBI supaya melantik Ethan & Elton Sdn Bhd - sebuah syarikat di mana isteri Nga, Wong Seow Ching, mempunyai kepentingan - untuk kontrak Lounge Suit.

Tiga ahli majlis tersebut - Frankie Wong dan Simon Ng dari DAP, Khairuddin Abd Malik dari PAS - memberitahu jawatankuasa displin bahawa mereka tidak pernah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk Nga,  dalam melantik Ethan & Elton.

"Tidak timbul Isu penyalahgunaan kuasa oleh Nga. Status Nga sebagai ADUN dan anggota exco tidak menghalang isterinya daripada menjadi rakan kongsi syarikat. Selain itu, Nga tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam syarikat tersebut.

"Hanya akan terdapat konflik kepentingan jika Nga menggunakan kedudukan untuk mempengaruhi keputusan lembaga tender," kata jawatankuasa itu.

[Baca berita penuh]

ADS