Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Peguam Kamal Hisham Jaafar mendakwa bahawa ahli kerabat diraja Johor membuat ugutan bunuh terhadap dirinya.

Bercakap melalui telefon kepada Malaysiakini dari Doha pagi ini, Kamal Hisham berkata beliau telah berurusan dengan keluarga diraja Johor itu selama 17 tahun dan mengenali rapat dengannya.

“Saya telah mendapat beberapa ‘ugutan bunuh’ yang dipercayai dibuat oleh seorang kerabat diraja yang mana perkara ini telah saya maklumkan kepada pihak polis.

“Dalam surat saya kepada pihak polis saya menerangkan bahawa laporan polis tentang ugutan-ugutan bunuh yang saya terima masih belum saya buat memandangkan terdapat isu-isu sensitif yang akan timbul susulan kepada laporan saya nanti.

“Saya mempunyai banyak dokumen yang boleh membuktikan kebenaran saya yang boleh membuktikan bahawa penjenayah sebenar adalah orang lain tapi membuat tuduhan terhadap saya

kerana mahu menutup kesalahannya.

“Saya sekali lagi mengulangi bahawa campur tangan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara adalah perlu untuk memastikan bahawa pihak Polis Johor menjalankan siasatan dan urusan secara professional dan tulus.

"Saya percaya maklumat-maklumat siasatan polis Johor terhadap kes yang dibuat terhadap saya telah disalah gunakan oleh pihak tertentu sehingga menjejaskan hak saya untuk mendapat keadilan yang tulus.

"Saya hairan apabila saya mahu bekerjasama dengan pihak polis dengan bertanya apakah laporan dan tuduhan yang dibuat kepada saya, pihak polis menyatakan bahawa lapuran yang dibuat ke atas saya dikategorikan sebagai “rahsia”.

Kamal Hisham, bagaimanapun, tidak mendedahkan sifat ugutan yang diterimanya

Beliau yang juga seorang pengarah di Southern Ads Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga diraja Johor juga didakwa oleh syarikat berkenaan melakukan penipuan dan pecah amanah (CBT).

Enam laporan polis telah dibuat terhadapnya sejak Mac lalu.

ADS