Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemelut Kedah: Phahrolrazi diarah 'tutup mulut'
Diterbitkan:  Mar 3, 2012 12:54 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Khamis lalu telah mengarahkan supaya beliau “tutup mulut”

Mesyuarat di Kuala Lumpur itu diadakan bagi mencari penyelesaian kemelut politik pentadbiran negeri Kedah berikuatan perbalahan semakin sengit di antara dirinya dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, tetapi tetap menemui jalan buntu.

Satu lagi mesyuarat dijadualkan malam ini di mana presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara peribadi akan ke Kedah dalam usaha terakhir untuk menyelesaikan konflik berkenaan.

NONE "Saya telah dipanggil oleh ibu pejabat dan diberitahu supaya tidak berkata apa-apa sehingga mesyuarat antara pemimpin jawatankuasa pusat PAS dan bahagian-bahagian," kata Phahrolrazi ( kiri ) dipetik akhbar harian Inggeris, The Star hari ini.

Sementara itu, Harakahdaily pula memetik Abdul Hadi meminta seluruh ahli parti itu supaya  bertenang dan menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan parti menyelesaikan isu yang melanda kerajaan negeri Kedah.

Katanya, beliau yakin isu tersebut akan diselesaikan secepat mungkin dengan semangat ukhwah yang tinggi.

"Insya Allah ia akan selesai sehari dua lagi atas usaha kepimpinan dan semangat ukhuwah seluruh pihak yang mendukung perjuangan ini," katanya dalam kiriman mesej ringkas kepada portal rasmi PAS itu lewat petang semalam.

hadi awang on hasan ali sacking 080112 Presiden PAS itu kini masih di luar negara dan dijangka pulang ke tanah air hari ini.

Pada Selasa lalu, lapan daripada 10 exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Dua lagi exco iaitu Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh dikatakan enggan menyambung jawatannya.

[Baca berita penuh]

ADS