Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi 'keganasan' polis ke atas penunggang motor
Diterbitkan:  Mar 6, 2012 5:07 PM
Dikemaskini: 9:12 AM

Selepas kejadian seorang anggota polis di Tangkak yang didakwa menerajang seorang penunggang motosikal sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu cedera teruk, satu lagi kekecohan berlaku di Balik Pulau, Pulau Pinang.

NONE Menurut portal akhbar harian bahasa Inggeris The Star , lebih 100 penduduk kampung menyerbu balai polis Teluk Bahang bagi membantah cara dua anggota polis yang mengendalikan ancaman Mat Rempit.

Laporan itu mendakwa penduduk kampung membaling batu dan kayu ke arah balai polis itu pada malam Ahad lalu, berikutan dakwaan bahawa anggota polis sebelum itu mencampakkan topi keledar pada sekumpulan remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram.

Lima daripada mereka dilaporkan terjatuh dari motosikal dan seorang daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan.

penang crime police lim guan eng event pc 260908 ayub yaakob Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob dipetik akhbar itu sebagai berkata pihak polis akan menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku oleh anggotanya itu.

Sebelum ini, kejadian di Taman Tangkak Jaya, Ledang, Johor, dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar Cina.

Kurang dua hari disiarkan, gambar seorang anggota polis yang didakwa menerajang seorang penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya sehingga menyebabkan remaja itu terbabas dan mengalami kecederaan teruk telah dikongsi oleh tidak kurang 10,000 warga maya yang jelas marah dengan tindakan polis itu.

Remaja itu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat kecederaan parah di kepala, tangan, kaki dan juga bahagian badannya serta berada dalam keadaan koma.

ADS