Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kira-kira 80 orang pelajar pro-Mahasiswa pada petang ini berhimpun di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menuntut supaya pilihan raya kampus diadakan pada kadar segera.

NONE Kumpulan itu berkumpul pada kira-kira jam 2.45 petang dan cuba untuk menyerahkan memorandum serta batu nesan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Memorandum itu diterima oleh setiausaha politik Mohd Khaled, tetapi beliau menolak menerima batu nesan yang melambangkan "kematian demokrasi pelajar".

Memorandum yang dihantar mewakili lapan kumpulan mahasiswa, termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia and Pro-Mahasiswa.

Tempoh majlis perwakilan mahasiswa (MPP) Universiti Malaya berakhir pada Februari.

NONE Bagaimanapun universiti tidak mengadakan pilihan raya kampus sebaliknya membentuk "majlis sementara" yang didakwa tidak menggambarkan komposisi sebelumnya.

Kumpulan yang dilihat antikerajaan itu mahu pilihan raya umum yang ditangguhkan kepada September diadakan pada 16 April supaya MPP mendapat mandat baru.

[Baca berita penuh]

ADS