Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN Mantan menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo akui bahawa partinya, Umno tidak mempunyai calon yang layak menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Secara tidak langsung, Khir Toyo mengesahkan bahawa Khalid dan Pakatan Rakyat melakukan perkara baik di Selangor.

NONE Nama seperti Datuk Seri Zin Mohamed dan Datuk Satim Diman langsung tidak mempunyai ketokohan di mata Khir Toyo.

Kata doktor gigi itu lagi, tidak mustahil Umno Selangor akan membawa pulang 'orang Pusat' ke negeri.

Ini bermakna, tidak mustahil Datuk Seri Noh Omar bakal diletakkan sebagai calon menteri besar bagi Umno.

Sebagai pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak sudah pasti mahu merampas Selangor dengan apa cara sekalipun.

Kegagalan merampas Selangor akan menyebabkan kedudukan Najib sebagai presiden Umno dan perdana menteri tidak selamat.

Pakatan tukar calon MB?

Cakap-cakap mengenai Khalid akan digugurkan sebagai calon menteri besar bagi PKR mula kedengaran. Terdapat banyak versi cerita yang tersebar.

Antaranya Khalid dikatakan akan hanya diletakkan di Pusat sekiranya Pakatan mampu mera azlan mpas Putrajaya.

Pengalaman Khalid sebagai mantan ketua pegawai eksekutif Guthrie dan sebagai menteri besar mungkin akan banyak memberikan manfaat kepada Pakatan di Putrajaya.

Khalid dikatakan layak untuk menjadi menteri kewangan berdasarkan kecekapan beliau menguruskan ekonomi Selangor.

Cerita kedua berhubung masalah antara Khalid dan PKR Selangor apabila Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tidak sebulu dengan menteri besar. Ini menyebabkan kerjasama antara kerajaan negeri dengan parti tidak begitu mantap.

Khalid dikatakan menguruskan negeri Selangor seperti sebuah syarikat yang hanya mengambil kira untung dan rugi. Sedangkan politik itu melangkaui sifir untung dan rugi.

Krisis ini lebih kepada permasalahan dalaman PKR. PAS dan DAP secara amnya tidak mempunyai masalah bekerja dengan Khalid.

Jika Pakatan mahu terus memerintah Selangor, krisis Khalid -PKR harus diselesaikan dengan segera. Ini kerana ADUN Ijok itu popular di kalangan rakyat Selangor.

NONE Pertukaran calon menteri besar di saat genting sebegini hanya akan merugikan Pakatan. Khir Toyo sendiri melihat Khalid sebagai calon terbaik Pakatan untuk terus menjadi menteri besar Selangor.

Khalid juga harus menyusun 'sahabat-sahabat' politik beliau agar kedudukan dapat diperkukuhkan. Di dalam politik, tidak mungkin beliau mampu bergerak bersendirian seperti menguruskan syarikat.

Operasi Terengganu

Peningkatan peratusan pengundi baru di kawasan parlimen Subang membimbangkan. Perbezaan dengan kawasan parlimen jiran iaitu Petaling Jaya Utara amat ketara.

Nama menteri besar Selangor didakwa dipindahkan menjadi pengundi kawasan parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Jika namanya turut menjadi mangsa, apa lagi rakyat biasa?

hadi and terengganu state development Pada tahun 2004, peratusan pengundian di Terengganu meningkat dengan luar biasa. Kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memansuhkan cukai pintu dikalahkan oleh BN.

Dari segi logiknya, mustahil bagi rakyat Terengganu mengundi untuk membayar kembali cukai pintu. Tetapi itulah yang berlaku.

Selepas berjuang bermati-matian untuk mengembalikan royalti minyak di negeri tersebut, PAS 'dihukum' oleh rakyat. Operasi penambahan pengundi baru yang besar didakwa dijalankan untuk mengalahkan PAS dinamakan Operasi Terengganu.

Dikatakan operator-operator kepada "Operasi Terengganu" telah lama beroperasi di Selangor.

azlan Jangan terkejut jika kerajaan yang memansuhkan bayaran bil air akan kalah kepada parti yang mahu mengembalikan bayaran bil air.

Apakah yang akan dilakukan oleh Pakatan untuk berhadapan dengan "Operasi Terengganu"?

Duduk dan hanya menyaksikan? Khayal dengan mimpi-mimpi indah untuk mengambilalih Putrajaya?

Pilihan raya ke-13 akan menjadi ibu kepada segala pilihan raya. Pertarungan hebat antara BN dan Pakatan. BN akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan kekuasaan untuk mempertahankan berbilion ringgit.

Sementara Pakatan pula menjadi popular dan dilihat mampu menggantikan BN. Sokongan kuat dari pengundi Cina yang mendominasi kawasan bandar akan menyaksikan negeri Johor juga berada dalam bahaya.

Sejarah membuktikan tidak pernah berlaku perubahan rejim melalui pilihan raya di negara dunia ketiga. Jika berlaku di Malaysia, ia akan menjadi sejarah pertama dunia.


Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Beliau memblog di http://www.aminiskandar.blogspot.com dan berkicau di http://www.twitter.com/aminiskandar.

 

ADS