Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Antara pindaan pada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong termasuk memperluaskan sempadan bagi orang ramai yang menunggu atau berdiri berdekatan dengan pusat mengundi pada hari pengundian, kecuali bagi mereka yang mahu menggundi daripada 50 meter pada masa kini kepada 100 meter.

Di bawah pindaan dalam subfasal 8(c), perkataan "tempat mengundi" yang kini digunakan, akan digantikan dengan "pusat mengundi".

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 4 Akta 5 dengan menggantikan perkataan "dibuang" dengan perkataan "ditandakan" bagi mengelakkan perkataan "dibuang" digunakan dalam teks bahasa kebangsaan, kerana perkataan "dibuang" boleh membawa kepada takrifan negatif kepada sesuatu pilihan raya.

Fasal 5 pula bertujuan untuk meminda pada seksyen 14 adalah bagi menghapuskan kehendak mandatori bagi seseorang ejen pilihan raya seseorang calon untuk melantik mana-mana ejen tempat mengundi atau ejen mengira.

Pada persidangan yang sama, Liew turut membentangkan bacaan kali pertama pindaan pada Akta Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) dan Akta Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan).

Fasal 3 pada Rang Undang-Undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) dan Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemberian elaun kenangan sebanyak RM1,000 sebulan kepada penerima Pingat Jasa Perkasa Persekutuan dan penerima Bintang Kehormatan Pingat Tentera Udara yang masih hidup.

Fasal 5 pada kedua-dua Rang Undang-undang pula bertujuan mengadakan peruntukan bagi pemberian wang sejumlah RM10,000 sekali sahaja kepada waris kadim (saudara terdekat) seseorang penerima Pingat Jasa Perkasa Persekutuan dan Bintang Kehormat Pingat Tentera Udara yang telah meninggal dunia.

- Bernama

ADS