Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menjadi kewajipan tanpa kompromi untuk semua rakyat Malaysia hadir ke perhimpunan BERSIH bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di Kuala Lumpur esok, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE Ini kerana, kata Anwar, kehadiran mereka bertujuan menuntut hak yang dijamin dalam perlembagaan dan bukan menuntut elaun atau ganjaran untuk diri sendiri.

Menurut Anwar, perhimpunan itu juga akan memberitahu perdana menteri dan anggota kabinetnya serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak melakukan penipuan dalam pilihan raya.

Bercakap dalam ceramah di hadapan kira-kira 1,000 orang malam tadi, Anwar menyelar pengerusi jawatankuasa pilihan khas parlimen Datuk Seri Maximus Ongkili kerana gagal mengetengahkan isu daftar pemilih di sampai pelbagai cadangan lain.

"Dakwat kekal? Pasti. Tetapi perkara pentung siapa akan mengundi? Hantu, manusia, lembu?" soalnya yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh.

[Baca berita penuh]

ADS