Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kini bukan lagi ahli Umno.

NONE Nazri berkata, Aziz sendiri memberitahu beliau perkara itu selepas memeriksa status keahlian tersebut dengan cawangan terbabit.

"Pengerusi SPR beritahu saya yang beliau bukan ahli Umno.

"Beliau mengesahkan dengan cawangannya (didaftarkan sebelum ini) yang beliau bukan lagi ahli," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Menurutnya lagi, keahlian tersebut tidak lagi disambung selepas Aziz gagal memperbaharui keahlian selepas mendaftar buat pertama kali.

NONE Mengulas lanjut, Nazri berkata Aziz (kiri) memberitahu beliau bahawa keahlian itu didaftarkan jemaah surau berhampiran tempat tinggalnya.

"Yuran keahliannya dibayar ahli surau (tempat Aziz menetap pada masa itu)," katanya.

Hal itu bukan perkara asing malah turut berlaku pada dirinya sendiri sebelum ini, kata Nazri lagi.

"Saya jadi ahli kerana ayah saya mendaftarkan saya," katanya yang turut berjenaka bahawa ayahnya mungkin bertindak demikian kerana tidak mahu beliau menyertai DAP.

Menurutnya Nazri, beliau hanya mengetahui dirinya telahpun menjadi ahli Umno selepas cuba mendaftar untuk menyertai parti berkenaan, katanya lagi.

Isu keahlian dua pengerusi dan timbalan pengerusi SPR dalam Umno mencuri perhatian ramai apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution akhir bulan lalu mendakwa kedua-dua mereka merupakan ahli parti berkenaan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kemudian menjelaskan bahawa Saifuddin mendedahkan keahlian individu lain dengan nama yang sama.

Wan Ahmad juga menafikan bahawa beliau merupakan seorang ahli Umno di Kelantan seperti didakwa Saifuddin.

ADS