Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Suruhanjaya Koperasi Malaysia memutuskan tindakan Koperasì Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) menerima keahlian  Tan Sri Isa Samad bercanggah dengan undang-undang kecilnya.

Bagaimanapun, tiada peruntukan dalam peraturan itu yang membolehkan keanggotaan yang telah diterima oleh lembaga pengarah KPF dibatalkan.

NONE Oleh yang demikian, keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu diputuskan kekal.

Menurut peguam pengadu kes itu Ahmad Nizam Hamid ( kiri ), keputusan itu dimaklumkan kepadanya melalui sepucuk surat semalam.

Ahmad Nizam mewakili 16 orang peneroka Felda gugusan Jengka, Pahang yang membantah keahlian Isa ekoran teguran dengar SKM kepada KPF kerana gagal mematuhi Fasal 11 Undang-undang Kecil KPF berkaitan syarat-syarat keahlian.

Sementara itu, ditanya reaksinya berhubung keputusan itu, Ahmad Nizam kelihatan tidak dapat menerimanya.

"Keputusan kes Isa Samad ini, sepanjang saya jadi peguam, ini keputusan paling pelik dan gila," kata Ahmad Nizam.

Ahmad Nizam berkata, walaupun penerimaan keanggotaan Isa diputuskan bercanggah dengan undang-undang kecil KPF, veteran Umno itu tetap kekal anggota dan pengerusi KPF.

ADS