Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bakal besan PM tiada dalam senarai Interpol'
Diterbitkan:  Jun 18, 2012 12:38 PM
Dikemaskini: 12:22 PM

Maira Nazarbayev daripada Kazakhstan, melalui seorang jurucakap, menafikan dakwaan beliau termasuk dalam senarai dikehendali Polis Antarabangsa (Interpol).

NONE Dalam satu kenyataan, Ronn Torossian melampirkan gambar Maira di Dubai bagi membuktikan bahawa dia telah memulakan lawatannya ke Eropah tanpa ditahan oleh pihak polis.

"Media telah salah melaporkan khabar angin berkaitan Interpol - adalah jelas dari gambar tersebut, dia bebas melancong di Eropah, keluarga Nazarbayev merancang menghabiskan masa dengan anggota keluarga dan orang tersayang," kata kenyataan itu.

Anak Maira, Daniyar Nazarbayev, bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa.

Keluarga Maira sebelum ini menjadi perhatian apabila Daniyar didakwa menipu bapa tiri Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta), seperti dilaporkan The New York Post .

Maira pada 15 Jun, melalui jurucakap perhubungan awam, menafikan dakwaan terhadap anaknya dan menyifatkan perkara itu manipulasi politik dan tidak masuk akal.

Katanya, beliau dan suami akan memberikan komitmen kepada anak-anak, menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan merancang bercuti ke Eropah untuk beberapa minggu.

Sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor juga berkata, dakwaan terhadap Daniyar diperbesar-besarkan oleh The New York Post dan dakwaan itu juga tidak melibatkan keluarganya.

[Baca berita penuh]
ADS