Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembinaan stesen MRT Bkt Bintang bermula Isnin
Diterbitkan:  Jul 14, 2012 11:46 AM
Dikemaskini: 3:51 AM

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT) Corp) mengumumkan kerja-kerja mendirikan dinding adang sementara bagi pembinaan stesen Aliran Transit Massa (MRT) BB Sentral di Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur akan bermula Isnin ini.

Kawasan yang akan diadang ialah kawasan laluan jalan kaki di hadapan Plaza Bukit Bintang (BB Plaza) dan Bangunan Yayasan Selangor, bagi memastikan keselamatan awam semasa merobohkan struktur yang sedia ada di tapak berkenaan.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata semua langkah sewajar telah diambil bagi mengurangkan kesulitan kepada pejalan kaki dan pengguna jalan raya.

"Laluan pejalan kaki yang dipasang dengan lampu akan disediakan di kawasan bersebelahan tapak kerja dan papan tanda dan tanda arah akan didirikan bagi memudahkan pejalan kaki," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Berikutan struktur yang sedia ada dirobohkan, tiga lorong jalan raya akan dibina di atas tapak untuk lencongan sementara Jalan Bukit Bintang yang dijadual Oktober ini.

Amir Mahmood berkata akses ke BB Plaza dan Bangunan Yayasan Selangor tidak terjejas dengan kerja-kerja yang dijalankan manakala pengunjung pusat membelibelah dan orang awam boleh terus menggunakan pintu masuk depan kedua-dua bangunan itu.

- Bernama

ADS