Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO rancang 'tangkapan awam' dalam pilihan raya
Diterbitkan:  Jul 23, 2012 11:13 AM
Dikemaskini: 5:56 AM

NGO pro-Pakatan Rakyat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan, mereka merancang membuat tangkapan awam terhadap warganegara asing dan "agen tempatan" yang cuba mengundi secara tidak sah dalam pilihan raya umum akan datang.

illegal immigrants roundup 010305 patiently waiting "SAMM akan bersama sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal di kebanyakan ' hotspot ' pusat pengundi terpilih di majoriti kawasan parlimen seluruh negara," kata NGO itu.

Menurut kenyataan kumpulan itu, membenarkan warga asing menentukan hala tuju negara pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana seolah-olah membenarkan negara ini tergadai.

"Maka rakyat bersatu hati untuk menghalang campur tangan warga asing di hari pengundian dengan sekeras-keras tindakan," kata kenyataan itu lagi.

Resolusi diperoleh hasil rapat kebangsaan SAMM di Pulai Pinang pada 29 dan 30 Jun lalu.

ADS