Tiada kes prima facie, kata Peguam Khir Toyo

Peguam kepada Dr Mohd Khir Toyo berhujah bahawa tuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar Selangor itu yang kemudiannya disabitkan terhadap tuduhan tersebut, adalah salah kerana tidak ada kes prima facie terhadapnya.

ramli yusuff asset declare case 120310 muhammad shafee abdullahPeguam Datuk Shafee Abdullah (kanan) memberitahu Mahkamah
Rayuan hari ini bahawa bagi tuduhan rasuah selaku kakitangan awam, pihak pendakwa tidak pernah membuktikannya secara meyakinkan bahawa Khir telah melakukannya, dengan berhujah bahawa definasi penjawat awam di bawah Kanun Keseksaan tidak merangkumi menteri besar.

Paling baik, tegasnya, MB adalah eksekutif kerajaan negeri tetapi itu tidak menjadikannya seorang kakitangan awam.

Tambahan lagi, beliau mengkritik pihak pendakwa menggunakan undang-undang negeri yang mengawal Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), untuk menggambarkan Khir sebagai kakitangan awam kerana dia pengerusi entiti tersebut, berhubung dengan tuduhan di bawah Kanun Keseksaan yang merupakan undang-undang persekutuan.

Amalan sedemikian, katanya, mengancam melanggar perlindungan perlembagaan mengenai pemisahan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

khir toyo mansion 060709 08Oleh itu, beliau menegaskan bahawa Khir tidak dianggap
sebagai penjawat awam dan pertuduhan itu tidak sepatutnya dibuat terhadapnya.

Beliau juga berhujah bahawa hakim terkhilaf dalam menolak nilai pasaran sebagai kayu pengukur untuk menilai harta yang terlibat dalam kes rasuah itu, kerana ini adalah tanda aras sebenar untuk penilaian hartanah.

Keputusan hakim itu, katanya, juga tidak tidak mengambil kira bahawa nilai sebuah rumah yang siap sepenuhnya dan berkelengkapan baik sebagai harta pada tahun 2004, tidak boleh sama dengan rangka sebuah rumah tanpa CF pada tahun 2007 apabila Khir membelinya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.