Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semua negeri Pakatan kembali guna satu tema Merdeka
Diterbitkan:  Aug 9, 2012 8:11 PM
Dikemaskini: 1:17 AM

Tiga negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat - Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan - dijangka menarik balik keputusan awal mereka untuk menggunakan tema Hari Merdeka masing-masing.

Sebaliknya, ketiga-tiga negeri itu akan menyertai Selangor meraikan Kemerdekaan ke-55 dan Hari Kebangsaan ke-49 dengan tema Sebangsa, Senegara, Sejiwa .

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata beliau telah dimaklumkan oleh pegawai Menteri Besar Kedah bahawa kerajaan negeri itu telah memutuskan perkara itu hari ini, manakala Kelantan berbuat demikian semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau akan membuat pengumuman yang sama esok.

Perkembangan terbaru itu hanya beberapa jam selepas Pulau Pinang mengumumkan ia akan menggunakan temanya sendiri - Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat - dan tidak menggunakan tema alternatif itu yang dicadangkan oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, yang telah diterima oleh Selangor.

Ia juga ekoran kritikan hebat dari penyokong Pakatan manakala pemimpin BN pula turut mengejek gabungan yang didakwa mereka tidak sepakat.

[Baca berita penuh]

KJ: Pakatan seperti raksasa mitos kepala tiga

Tema Merdeka keempat bagi negeri Pakatan

Tema Merdeka: Rais kata Pakatan tiru BN

'Sebangsa, Senegara, Sejiwa, tapi 3 tema'

Mustafa: Negeri Pakatan guna tiga tema berbeza

Negeri Pakatan guna tema alternatif Merdeka

ADS